BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, June 5, 2012

jOm CuCi hAti..

Segala aspek kehidupan ini bermula daripada hati. Oleh itu di bawah ini ada beberapa cara bagaimana hendak mencuci hati.
1) Dirikan solat dan banyakkan berdo’a - Ini adalah salah satu kaedah yang sungguh berkesan. Semasa berdo’a turut katakan “Ya,Allah jadikan hatiku bersih”
2) Selawat keatas Nabi Muhammad s.a.w paling minima 100 X sebelum tidur - Ini merupakan satu pelaburan yang mudah dan murah. Disamping dosa-dosa diampunkan, otak tenang, murah rezeki, orang sayangkan kita dan mencetuskan semua perkara kebaikan.
3) Solat taubat - Selain daripada memohon keampunan, dapat mencuci hati dan menenangkan minda.
4) Membaca Al-Quran - Selain dapat mencuci hati juga menenangkan jiwa, penyembuh, penenang, terapi. Sekurang-kurangnya bacalah “Qulhu-allah” sebanyak 3X.
5) Berma’af-ma’afan sesama kawan setiap hari - Semasa meminta maaf perlu sebutkan kesalahan yang dilakukan.
6) Bisikkan kepada diri perkara yang positif - Jangan sesekali mengkritik, kutuk diri sendiri, merendah-rendahkan kebolehan diri sendiri. katakanlah “Aku sebenarnya… … (perkara yang elok-elok belaka)
7) Program minda/cuci minda - Paling baik pada waktu malam sebelum tidur, senyum, pejam mata, katakan di dalam hati “Ya, Allah cuci otak aku, cuci hatiku, esok aku nak jadi baik, berjaya, ceria, bersemangat, aktif, positif”. Menurut kajian saikologi, apa yang disebut sebelum tidur dapat dirakamkan sepanjang tidur sehingga keesokan harinya - CUBALAH!!)
8 ) Berpuasa - Sekiranya dalam berpuasa terhindar dari melakukan perkara- perkara kejahatan.
9) Cuba ingat tentang mati (Sekiranya hendak melakukan sesuatu kejahatan, tidak sampai hati kerana bimbang akan mati bila-bila masa)
10) Kekalkan wuduk
11) Bersedekah
12) Belanja orang makan.
13) Jaga makanan - jangan makan makanan yang subhat
14) Berkawan dengan ulama
15) Berkawan dengan orang miskin (menginsafi)
16) Pesan pada orang, jadi baik
17) Menjaga pacaindera (mata, telinga, mulut… dsb), jangan dengar orang mengumpat.”
p/s: InsyaAllah kita cuba sama-sama amalkan. Tak dapat semua, 1 pun jadilah.

HaMpIr HiLaNg





kite kadang-kadang takut kehilangan insan tersayang dalam kehidup kite, tapi tanpa kite sedari bahawa kite sebenarnya punca kehilangan insan tersebut. sikap, nilai atau kemahuan kite yang menghilangkannya. memang kite tidak menyedari kehilangannya saat permulaan kehilangan tapi diakhir waktu insan itu mahu atau pergi baru kite merasakan kehilangannya. adakah kite orang yang melepaskan peluang yang diberikan oleh maha pencipta kepada kite???kadang-kadang benda atau sesuatu yang kite sayang tidak semestinya kite milikinya dengan bahagianya. tidak semestinya kite tidak mendapatkannya kite tidak bahagia. melihat kebahagiaannya dan kesenangannya juga adalah kebahagiaan kepada kite, itulah nilai kebahagiaan sejati yang lahir dari hati yang ikhlas. kadang-kadang kite kalah dengan peluang yang pertama yang wujud tanpa kite cuba mencari peluang yang lain yang diberikan oleh maha pencipta, berilah peluang kepada peluang-peluang lain yang datang tanpa kite duga atau kitesedarinya datang kepada kite. hargailah setiap peluang yang datang kepada kite dengan sepenuh hati, kerana kemanisan setiap peluang itu rasanya berlainan yang mungkin ianya cuma datang hanya sekali dalam kehidupan kite. maha pencipta menduga kite dengan pelbagai keadaan yang mungkin kite sendiri tidak mampu menghadapinya, itu hanyalah tanggapan kite sahaja, namun pada hakikatnya kite mampu menghadapinya dengan baik, cuma kite kurang fokus dan kehilangan arah mencari jalan menggunakan peluang dan ruang yang diberikan dengan baik untuk menyelesaikan keadaan itu. mengapa takut untuk mencuba sesuatu yang baru dalam kehidupan??sedar lah bahawa pengalaman itu datangnya dari setiap apa yang kite kerjakan atau lakukan dalam kehidupan kite sebenarnya. kite manusia yang diangkat tinggi martabatnya kepada kite perlu merendahkan martabat itu??bukannya kite harus menjaganya dengan baik dan cube memperbaiki setiap kelemahan itu dengan berhemah supaya keadaannya akan terpelihara dan baik untuk keadaan yang panjang. mereka yang inginkan kebaikan dalam kehidupan akan diberikan jalan yang mudah untuk kearah itu, cuma kekaburan pandangan membuatkannya tidak kelihatan dengan jelas dan menarik untuk kite susurinya.

Saturday, February 25, 2012

wajah ceria tidak semestinya mengambarkan hati yang gembira, aku manusia biase yang tidak akan pernah mengenal setiap insan yang aku kenali, cuma sekuman atau kurang dari itu sahaja aku kenali insan yang pernah ku temui. manusia mampu meramal sesuatu keadaan yang bakal terjadi namun mampukah manusia menduga ramalan itu dengan jayanya????persoalan..begitu la manusia, kita katakan kita mengenali seseorang insan tapi sejauh mana kita mampu mengenali setiap apa yang terdapat pada setiapa insan itu, kalau anda rasa anda mengenali insan yang anda kenal saya ingin bertanya, anda mampu mengetahui bilangan helaian rambutnya????nyatakan dengan jayanya....manusia mampu berubah sesaat atau sepantas apa pun yang mereka inginkan dan hajati dalam kehidupan, macam budak ini... perubahan yang dilakukan betul-betul membuatkan saya rasa kerdil sebagai hamba Allah S.W.T atas izinnya budak ini begitu pantas bertindak dalam perkembangannya....saya sayang budak ini!!!!!!!!!!!!!!semoga haziq menjadi insan yang berbakti pada seisi alam ciptaan Allah S.W.T.....Amin...happy befday too u, happy befday too u, happy befday too haziq, happy befday too u....muahz muahz......

Tuesday, July 21, 2009

tHe BeZZ piCzZ

Monday, July 20, 2009


nAmE sY arThAgus LianDi b. sYamsuL..sY diLaHirkaN Di saTu kAwAsAn pErkAmpungAn Yg sY anggAp LubuK pEngaLamAn Bg kAmI aDiK-bErAdIk...sY diLaHirKan oLeH iBu tErcInta FariDaH kHamIs..iBu aDaLaH insAn Yg aMaT sY kAguMi sIfaT beLiau yG mEmaHamI apE yG diiGini oLeH KaMi aDik-bErAdiK mEmbuaTkAn kAmI LeBiH mEsra dEnGan iBu...aYaH amAt tEgAs dLm mEnjaLankAn TanggungjAwAb sEbAgAi KeTua untUk mEngawaL sEgaLanYa....mAsih TeringAt sy aKan sAkiTnYa bLe 5 jAri TangAnnYa meLekAt di pIpI hinggA mELiHat kEsAn mEraH di pIpI..saaT iTu TimbuL sAtu pErasAan maraH tErHadap aYaH..tEtapI sEkaRang sY bErsYukur kEranA tapaK TanGan iTu yG TeLaH mEnjaDikAn sY sEoRang InsAn bKn sEbaLiknya...Terima KasiH aYah....rInDu paDa aYaH dAn Ibu...sY skE bLe kAmi aDik-bEraDik bErgaduH,waLaupun bErmAsam mukE tEtApi bLe pTg pasTi aKan bErbaik sEmuLe uTk bErmain..bToL cKp iBu,tAk KemanE gAduH kAmi Tu..sY saYang keLuArga sY...tanpa mEreKa sIapa sY..saLam RinDu unTuk mErEka...( aKaK..aBg..ujI..iHin..aDik.. )

Sunday, July 19, 2009

KaTa UnTuK aNdA SeMuA...

Mutiara Kata
Mutiara kata adalah suatu keindahan bahasa yg dapat memberi pedoman kepada mereka yg menghayati.Keindahan
kata-kata itu turut memberi motivasi dan inspirasi bagi mereka yg menjiwai. Renungilah mutiara kata-kata ini,agar dapat
manfaat darinya...

Jangan jadikan diri anda ibarat sekumpulan tisu-tisu kerana tugasnya adalah untuk mengesat
benda -benda yang kotor

Say what you want to say when tou have the time,tomorrow maybe one day late.
Oue deepest regrets are words unsaid and things undone.

KEBAJIKAN ITU LEBIH BAIK DARI WAKTU…

Wanita itu sendiri adalah rahsia,
Nafsu mengatakan wanita cantik atas dasar rupanya, akal mengatatakan wanita,
Cantik atas dasar ilmu dan kepandaiannya, dan hati mengatakan wanita cantik,
atas dasar akhlaknya.

Sahabat yang beriman ibarat mentari yang menyinar,Sahabat yang setia bagai
pewangi yang mengharumkan,Sahabat sejati menjadi pendorong impian. Sahabat berhati mulia membawa kita ke jalan
Allah.

Orang yang bahagia itu akan selalu menyediakan waktu untuk membaca kerana membaca itu sumber hikmah,
menyediakan waktu tertawa kerana tertawa itu muziknya jiwa, menyediakan waktu untuk berfikir kerana berfikir itu pokok
kemajuan, menyediakan waktu untuk beramal kerana beramal itu pangkal kejayaan, menyediakan waktu untuk bersenda
kerana bersenda itu akan membuat muda selalu dan menyediakan waktu beribadat kerana beribadat itu adalah ibu dari
segala ketenangan jiwa.

Penglihatan itu sebagai panah iblis yang berbisa, maka siapa yang mengelakkannya
kerana takut padaKu, maka Aku akan menggantikannya dengan iman yang dirasakan
manisnya dalam hati...

SAHABAT YANG BAIK ADALAH YANG ORANG YANG BERCAKAP BENAR, DAN BUKANNYA HANYA
MEMBENARKAN KATA-KATA.


"Wanita yang cantik tanpa peribadi yang mulia ,umpama kaca mata yang bersinar-bersinar, tetapi tidak melihat apa-apa"
"Kekecewaan mengajar kita erti kehidupan.Teruskan perjuangan kita walaupun terpaksa menghadapi rintangan demi
rintangan dalam hidup"

"Hidup umpama aiskrim.Nikmatilah ia sebelum cair"

JIKA ANDA BERSAHABAT BERSIAPLAH UNTUK BERKORBAN
DEMI SAHABAT ANDA TERSEBUT, JIKA ANDA BERMUSUHAN DENGAN SAHABAT ANDA BERSIAPLAH UNTUK
MENGALAH DEMI
PERSAHABATAN KALIAN.

Tanda Orang Bijaksana Ialah Hatinya Selalu Berniat Suci;
Lidahnya Selalu Basah Dengan Zikrullah; Matanya Menangis Kerana Penyesalan (Terhadap Dosa); Sabar Terhadap
Perkara Yang Dihadapi Dan
Mengutamakan Akhirat Berbanding Dunia.

" USAH DITURUTI REAKSI EMOSI,
LANTARAN IMPLIKASI TAK SERASI DENGAN APA YANG DIIMAGINASI "

WANITA/PEREMPUAN DICIPTAKAN BUKAN DARIPADA TULANG RUSUK ATAS UNTUK MEMERINTAH, BUKAN
DARIPADA RUSUK BAWAH UNTUK DIPIJAK, TETAPI TERLETAKNYA RUSUK ITU DI BAHAGIAN DADA
DAN BERDEKATAN DENGAN TANGAN BERMAKNA TANGAN YANG MEMBELAI
DAN HATI YANG MEMPUNYAI PERASAAN DAN KASIH SAYANG.

" Jika kejahatan di balas kejahatan, maka itu adalah dendam. Jika kebaikan dibalas kebaikan itu adalah perkara biasa.
Jika kebaikan dibalas kejahatan, itu adalah zalim. Tapi jika kejahatan dibalas kebaikan, itu adalah mulia dan terpuji."
(La Roche)

"Kata-kata itu sebenarnya tidak mempunyai makna utk menjelaskan perasaan.
Manusia boleh membentuk seribu kata-kata, seribu bahasa. Tapi kata-kata bukan bukti unggulnya perasaan"

" Hidup tidak boleh berpandukan perasaan hati yg kadangkala boleh
menjahanamkan diri sendiri. Perkara utama harus kita fikirkan ialah menerima sesuatu atau membuat sesuatu dgn baik
berlandaskan kenyataan"

" Hidup adalah gabungan antara bahagia dan derita. Ia adalah menguji keteguhan iman
seseorang. Malangnya bagi mereka yg hanya mengikut kehendak hati tidak sanggup menerima penderitaan.
( Harieta Wahab)

Hadiah Terbaik
Kepada kawan - Kesetiaan
Kepada musuh - Kemaafan
Kepada ketua - Khidmat
Kepada yang muda - Contoh terbaik
Kepada yang tua - Hargai budi mereka dan kesetiaan.
Kepada pasangan - Cinta dan ketaatan
Kepada manusia - Kebebasan

" Kejelitaan wanita umpama sebilah mata pedang yg mampu memenggal leher seorang lelaki.
( A.L Alek Wong)

" Jangan terlalu menyayangi seseorang, kelak kita akan membencinya.
Jangan pula terlalu membenci seseorang,kelak kita akan menyayanginya."

"Usah tangisi akan perpisahan sebaliknya tangisi akan pertemuan. Tanpa pertemuan, maka tiadalah perpisahan"

" Berfikir secara rasional tanpa dipengaruhi oleh naluri atau emosi merupakan
satu cara menyelesaikan masalah yg paling berkesan"

" Cinta itu apabila anda bertemu dan membuat pilihan yang tepat"

" Hiduplah seperti lilin menerangi orang lain, janganlah hidup seperti duri mencucuk diri dan menyakiti orang lain."

" Dunia ini ibarat pentas. Kita adalah pelakonnya. Maka berlumba-lumbalah
beramal supaya hidup bahagia di dunia dan akhirat"

"Akal itu menteri yang menasihati, Hati itu ialah raja yang menentukan,
Harta itu satu tamu yang akan berangkat,
Kesenangan itu satu masa yang ditinggalkan".


" Kejarlah cita-cita sebelum cinta, apabila tercapainya cita-cita maka dengan sendirinya cinta itu akan hadir"


" Cinta seringkali akan lari bila kita mencari, tetapi cinta jua seringkali dibiarkan pergi bila ia menghampiri"

"Selemah-lemah manusia ialah orang yg tak boleh mencari sahabat dan orang yang
lebih lemah dari itu ialah orang yg mensia-siakan sahabat yg telah dicari" - ( Saidina Ali)

" Cakap sahabat yg jujur lebih besar harganya daripada harta benda yg diwarisi darinenek moyang" - (Saidina Ali)
"Ingatlah, sabar itu iman, duit bukan kawan, dunia hanya pinjaman dan mati tak berteman.."

" Lidahmu adalah bentengmu, jika engkau menjaganya maka ia akan menjagamu,
dan jika engkau membiarkannya maka ia tidak akan mempedulikanmu"

"Orang yg paling berkuasa adalah orang yg dapat menguasai dirinya sendiri"

"Seseorang menganggap sekatan sebagai batu penghalang, Sedangkan orang lain menganggapnya sebagai batu
lonjatan."

"Kalau kita melakukan semua yang kita upaya lakukan, sesungguhnya kita akan terkejut dengan hasilnya."

"Kita selalu lupa atau jarang ingat apa yang kita miliki, tetapi kita sering kali ingat apa yang orang lain ada."

"Apa yang diperolehi dalam hidup ini, adalah sepenuhnya daripada apa yang kita berikan padanya."

"Fikirkan hal-hal yang paling hebat,Dan engkau akan menjadi terhebat.
Tetapkan akal pada hal tertinggi, Dan engkau akan mencapai yang tertinggi."

"Dunia ini tiada jaminan melainkan satu peluang."

"Kehidupan kita di dunia ini tidak menjanjikan satu jaminan yang berkekalan. Apa yangada hanyalah percubaan, cabaran
dan pelbagai peluang. Jaminan yang kekal abadi hanyadapat ditemui apabila kita kembali semula kepada Ilahi."

"Rahsia kejayaan hidup adalah persediaan manusia untuk menyambut kesempatan yang menjelma."

"Kekuatan tidak datang dari kemampuan fizikal, tetapi ianya datang dari semangat yang tidak pernah mengalah."

"Mengetahui perkara yang betul tidak memadai dan bermakna jika tidak melakukan perkara yang betul."

"Kecemerlangan adalah hasil daripada sikap yang ingin sentiasa melakukan yang terbaik."

"Jadikan sebagai aturan hidup untuk melakukan yang terbaik dalam apa jua yang dilakukan, pasti akan menghasilkan
kecemerlangan."

Fahami dan hayatilah setiap kata-kata peransang ini semoga anda dapat menyemarakkan semangat ingin terus
berusaha dalam merealisasikan impian anda...

v Sesiapa yang mempunyai kebolehan akan berjumpa landasan yang tepat.
- Charles Cahier

v Kejayaan tidak datang kepada manusia yang leka.
- Charles Cahier

v Semua yang dicapai oleh manusia dan yang gagal dicapai olehnya adalah kesan langsung pemikirannya.
- James Allen

v Menyimpang seinci, rugi seribu batu.
- Peribahasa Cina

v Rahsia kejayaan adalah ketekalan matlamat.
- Benjamin Disraeli

v Perbaiki diri anda, tetapi jangan jatuhkan orang lain.
- I. Salanter Lipkin

v Pengiktirafan dan ganjaran datang kepada mereka yang menunjukkan kualiti yang baik dalam perbuatannya.
- Aristotle

v Anda tidak boleh mencipta pengalaman. Anda mesti menghadapinya.
- Albert Camus

v Nilai manusia adalah semahal nilai matlamatnya.
- Marcus Aurelius

v Manusia yang tidak berharap untuk menang telah sedia kalah.
- Jose Joaquin Olmedo

v Tiada manusia yang berjaya dalam semua yang dilakukannya dan kewujudan kita ini sebenarnya mesti menempuh
kegagalan. Yang penting ialah kita tidakmenjadi lemah semasa kegagalan itu terjadi dan kekalkan usaha hingga ke akhir
hayat.
- Joseph Conrad

v Manusia tidak merancang untuk gagal, mereka gagal untuk merancang.
- William J. Siegel


v Minda yang mahu akan memudahkan perjalanan yang susah.
- Philip Massinger

v Perjalanan seribu batu bermula dari satu langkah.
- Lao Tze

v Kegagalan adalah asas kemenangan
- Lao Tze

v Jika tujuan anda jelas, anda boleh mencapainya dengan mudah.
- Lao Tze

v Kurang semangat mengakibatkan lebih banyak kegagalan berbanding
kurangnya kebijaksanaan atau kemahiran.
- Flower A. Newhouse

v Masa depan itu dibeli oleh masa sekarang.
- Samuel Johnson

v Orang yang berjaya dalam hidup adalah orang yang nampak tujuannya
dengan jelas dan menjurus kepadanya tanpa menyimpang.
- Cecil B. DeMille

v Jika anda mahu membuat sesuatu, anda akan cari jalan. Jika anda tidak
mahu membuat sesuatu, anda akan cari alasan.
- Peribahasa Arab

v Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih.
- Peribahasa Melayu

v Orang yang hebat bertindak sebelum berkata dan dia berkata selaras dengan tindakannya.
- Confucius

v Seseorang yang melakukan kesalahan dan tidak membetulkannya telah melakukan satu kesalahan lagi.
- Confucius

Thursday, July 16, 2009

LAMBAIAN KASIH...

Terbinanya sebuah cinta atas dasar kasih sayang dari dua insan yang berjanji setia mengharungi hidup barsama-bersama,susah sama dilatah senang sama dirasa dan dinikmati,indah waktu itu…

Cinta mungkin satu benda yang seni dan kadang-kadang ianya sukar untuk dirasakan oleh diri manusia itu sendiri,yea cinta juga mampu mengubah seseorang menjadi apa yang bukan sebenarnya dia sebelum itu, itu mungkin adalah racun cinta yang hadirnya tanpa pernah disedari,mungkin juga cinta mampu menjadikan kita luar biasa dari diri kita yang sedia ada…kita tak mampu mencipta pengalaman cinta sebaliknya kita sendiri lah yang menghadapinya….

Tiada manusia yang berjaya dalam semua yang dilakukannya dan
kewujudan kita ini sebenarnya mesti menempuh kegagalan. Yang penting
ialah kita tidak menjadi lemah semasa kegagalan itu terjadi dan
kekalkan usaha hingga ke akhir hayat,begitu juga dengan cinta… kadang –kadang kita sering inginkan cinta yang penuh dengan pengorbanan yang kita sendiri tak pernah tahu untuk menghargainya,tidak perlu becakap tentang pengorbanan jika tidak pernah untuk menghargainya….