BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, June 5, 2012

jOm CuCi hAti..

Segala aspek kehidupan ini bermula daripada hati. Oleh itu di bawah ini ada beberapa cara bagaimana hendak mencuci hati.
1) Dirikan solat dan banyakkan berdo’a - Ini adalah salah satu kaedah yang sungguh berkesan. Semasa berdo’a turut katakan “Ya,Allah jadikan hatiku bersih”
2) Selawat keatas Nabi Muhammad s.a.w paling minima 100 X sebelum tidur - Ini merupakan satu pelaburan yang mudah dan murah. Disamping dosa-dosa diampunkan, otak tenang, murah rezeki, orang sayangkan kita dan mencetuskan semua perkara kebaikan.
3) Solat taubat - Selain daripada memohon keampunan, dapat mencuci hati dan menenangkan minda.
4) Membaca Al-Quran - Selain dapat mencuci hati juga menenangkan jiwa, penyembuh, penenang, terapi. Sekurang-kurangnya bacalah “Qulhu-allah” sebanyak 3X.
5) Berma’af-ma’afan sesama kawan setiap hari - Semasa meminta maaf perlu sebutkan kesalahan yang dilakukan.
6) Bisikkan kepada diri perkara yang positif - Jangan sesekali mengkritik, kutuk diri sendiri, merendah-rendahkan kebolehan diri sendiri. katakanlah “Aku sebenarnya… … (perkara yang elok-elok belaka)
7) Program minda/cuci minda - Paling baik pada waktu malam sebelum tidur, senyum, pejam mata, katakan di dalam hati “Ya, Allah cuci otak aku, cuci hatiku, esok aku nak jadi baik, berjaya, ceria, bersemangat, aktif, positif”. Menurut kajian saikologi, apa yang disebut sebelum tidur dapat dirakamkan sepanjang tidur sehingga keesokan harinya - CUBALAH!!)
8 ) Berpuasa - Sekiranya dalam berpuasa terhindar dari melakukan perkara- perkara kejahatan.
9) Cuba ingat tentang mati (Sekiranya hendak melakukan sesuatu kejahatan, tidak sampai hati kerana bimbang akan mati bila-bila masa)
10) Kekalkan wuduk
11) Bersedekah
12) Belanja orang makan.
13) Jaga makanan - jangan makan makanan yang subhat
14) Berkawan dengan ulama
15) Berkawan dengan orang miskin (menginsafi)
16) Pesan pada orang, jadi baik
17) Menjaga pacaindera (mata, telinga, mulut… dsb), jangan dengar orang mengumpat.”
p/s: InsyaAllah kita cuba sama-sama amalkan. Tak dapat semua, 1 pun jadilah.

HaMpIr HiLaNg





kite kadang-kadang takut kehilangan insan tersayang dalam kehidup kite, tapi tanpa kite sedari bahawa kite sebenarnya punca kehilangan insan tersebut. sikap, nilai atau kemahuan kite yang menghilangkannya. memang kite tidak menyedari kehilangannya saat permulaan kehilangan tapi diakhir waktu insan itu mahu atau pergi baru kite merasakan kehilangannya. adakah kite orang yang melepaskan peluang yang diberikan oleh maha pencipta kepada kite???kadang-kadang benda atau sesuatu yang kite sayang tidak semestinya kite milikinya dengan bahagianya. tidak semestinya kite tidak mendapatkannya kite tidak bahagia. melihat kebahagiaannya dan kesenangannya juga adalah kebahagiaan kepada kite, itulah nilai kebahagiaan sejati yang lahir dari hati yang ikhlas. kadang-kadang kite kalah dengan peluang yang pertama yang wujud tanpa kite cuba mencari peluang yang lain yang diberikan oleh maha pencipta, berilah peluang kepada peluang-peluang lain yang datang tanpa kite duga atau kitesedarinya datang kepada kite. hargailah setiap peluang yang datang kepada kite dengan sepenuh hati, kerana kemanisan setiap peluang itu rasanya berlainan yang mungkin ianya cuma datang hanya sekali dalam kehidupan kite. maha pencipta menduga kite dengan pelbagai keadaan yang mungkin kite sendiri tidak mampu menghadapinya, itu hanyalah tanggapan kite sahaja, namun pada hakikatnya kite mampu menghadapinya dengan baik, cuma kite kurang fokus dan kehilangan arah mencari jalan menggunakan peluang dan ruang yang diberikan dengan baik untuk menyelesaikan keadaan itu. mengapa takut untuk mencuba sesuatu yang baru dalam kehidupan??sedar lah bahawa pengalaman itu datangnya dari setiap apa yang kite kerjakan atau lakukan dalam kehidupan kite sebenarnya. kite manusia yang diangkat tinggi martabatnya kepada kite perlu merendahkan martabat itu??bukannya kite harus menjaganya dengan baik dan cube memperbaiki setiap kelemahan itu dengan berhemah supaya keadaannya akan terpelihara dan baik untuk keadaan yang panjang. mereka yang inginkan kebaikan dalam kehidupan akan diberikan jalan yang mudah untuk kearah itu, cuma kekaburan pandangan membuatkannya tidak kelihatan dengan jelas dan menarik untuk kite susurinya.