BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, July 21, 2009

tHe BeZZ piCzZ

Monday, July 20, 2009


nAmE sY arThAgus LianDi b. sYamsuL..sY diLaHirkaN Di saTu kAwAsAn pErkAmpungAn Yg sY anggAp LubuK pEngaLamAn Bg kAmI aDiK-bErAdIk...sY diLaHirKan oLeH iBu tErcInta FariDaH kHamIs..iBu aDaLaH insAn Yg aMaT sY kAguMi sIfaT beLiau yG mEmaHamI apE yG diiGini oLeH KaMi aDik-bErAdiK mEmbuaTkAn kAmI LeBiH mEsra dEnGan iBu...aYaH amAt tEgAs dLm mEnjaLankAn TanggungjAwAb sEbAgAi KeTua untUk mEngawaL sEgaLanYa....mAsih TeringAt sy aKan sAkiTnYa bLe 5 jAri TangAnnYa meLekAt di pIpI hinggA mELiHat kEsAn mEraH di pIpI..saaT iTu TimbuL sAtu pErasAan maraH tErHadap aYaH..tEtapI sEkaRang sY bErsYukur kEranA tapaK TanGan iTu yG TeLaH mEnjaDikAn sY sEoRang InsAn bKn sEbaLiknya...Terima KasiH aYah....rInDu paDa aYaH dAn Ibu...sY skE bLe kAmi aDik-bEraDik bErgaduH,waLaupun bErmAsam mukE tEtApi bLe pTg pasTi aKan bErbaik sEmuLe uTk bErmain..bToL cKp iBu,tAk KemanE gAduH kAmi Tu..sY saYang keLuArga sY...tanpa mEreKa sIapa sY..saLam RinDu unTuk mErEka...( aKaK..aBg..ujI..iHin..aDik.. )

Sunday, July 19, 2009

KaTa UnTuK aNdA SeMuA...

Mutiara Kata
Mutiara kata adalah suatu keindahan bahasa yg dapat memberi pedoman kepada mereka yg menghayati.Keindahan
kata-kata itu turut memberi motivasi dan inspirasi bagi mereka yg menjiwai. Renungilah mutiara kata-kata ini,agar dapat
manfaat darinya...

Jangan jadikan diri anda ibarat sekumpulan tisu-tisu kerana tugasnya adalah untuk mengesat
benda -benda yang kotor

Say what you want to say when tou have the time,tomorrow maybe one day late.
Oue deepest regrets are words unsaid and things undone.

KEBAJIKAN ITU LEBIH BAIK DARI WAKTU…

Wanita itu sendiri adalah rahsia,
Nafsu mengatakan wanita cantik atas dasar rupanya, akal mengatatakan wanita,
Cantik atas dasar ilmu dan kepandaiannya, dan hati mengatakan wanita cantik,
atas dasar akhlaknya.

Sahabat yang beriman ibarat mentari yang menyinar,Sahabat yang setia bagai
pewangi yang mengharumkan,Sahabat sejati menjadi pendorong impian. Sahabat berhati mulia membawa kita ke jalan
Allah.

Orang yang bahagia itu akan selalu menyediakan waktu untuk membaca kerana membaca itu sumber hikmah,
menyediakan waktu tertawa kerana tertawa itu muziknya jiwa, menyediakan waktu untuk berfikir kerana berfikir itu pokok
kemajuan, menyediakan waktu untuk beramal kerana beramal itu pangkal kejayaan, menyediakan waktu untuk bersenda
kerana bersenda itu akan membuat muda selalu dan menyediakan waktu beribadat kerana beribadat itu adalah ibu dari
segala ketenangan jiwa.

Penglihatan itu sebagai panah iblis yang berbisa, maka siapa yang mengelakkannya
kerana takut padaKu, maka Aku akan menggantikannya dengan iman yang dirasakan
manisnya dalam hati...

SAHABAT YANG BAIK ADALAH YANG ORANG YANG BERCAKAP BENAR, DAN BUKANNYA HANYA
MEMBENARKAN KATA-KATA.


"Wanita yang cantik tanpa peribadi yang mulia ,umpama kaca mata yang bersinar-bersinar, tetapi tidak melihat apa-apa"
"Kekecewaan mengajar kita erti kehidupan.Teruskan perjuangan kita walaupun terpaksa menghadapi rintangan demi
rintangan dalam hidup"

"Hidup umpama aiskrim.Nikmatilah ia sebelum cair"

JIKA ANDA BERSAHABAT BERSIAPLAH UNTUK BERKORBAN
DEMI SAHABAT ANDA TERSEBUT, JIKA ANDA BERMUSUHAN DENGAN SAHABAT ANDA BERSIAPLAH UNTUK
MENGALAH DEMI
PERSAHABATAN KALIAN.

Tanda Orang Bijaksana Ialah Hatinya Selalu Berniat Suci;
Lidahnya Selalu Basah Dengan Zikrullah; Matanya Menangis Kerana Penyesalan (Terhadap Dosa); Sabar Terhadap
Perkara Yang Dihadapi Dan
Mengutamakan Akhirat Berbanding Dunia.

" USAH DITURUTI REAKSI EMOSI,
LANTARAN IMPLIKASI TAK SERASI DENGAN APA YANG DIIMAGINASI "

WANITA/PEREMPUAN DICIPTAKAN BUKAN DARIPADA TULANG RUSUK ATAS UNTUK MEMERINTAH, BUKAN
DARIPADA RUSUK BAWAH UNTUK DIPIJAK, TETAPI TERLETAKNYA RUSUK ITU DI BAHAGIAN DADA
DAN BERDEKATAN DENGAN TANGAN BERMAKNA TANGAN YANG MEMBELAI
DAN HATI YANG MEMPUNYAI PERASAAN DAN KASIH SAYANG.

" Jika kejahatan di balas kejahatan, maka itu adalah dendam. Jika kebaikan dibalas kebaikan itu adalah perkara biasa.
Jika kebaikan dibalas kejahatan, itu adalah zalim. Tapi jika kejahatan dibalas kebaikan, itu adalah mulia dan terpuji."
(La Roche)

"Kata-kata itu sebenarnya tidak mempunyai makna utk menjelaskan perasaan.
Manusia boleh membentuk seribu kata-kata, seribu bahasa. Tapi kata-kata bukan bukti unggulnya perasaan"

" Hidup tidak boleh berpandukan perasaan hati yg kadangkala boleh
menjahanamkan diri sendiri. Perkara utama harus kita fikirkan ialah menerima sesuatu atau membuat sesuatu dgn baik
berlandaskan kenyataan"

" Hidup adalah gabungan antara bahagia dan derita. Ia adalah menguji keteguhan iman
seseorang. Malangnya bagi mereka yg hanya mengikut kehendak hati tidak sanggup menerima penderitaan.
( Harieta Wahab)

Hadiah Terbaik
Kepada kawan - Kesetiaan
Kepada musuh - Kemaafan
Kepada ketua - Khidmat
Kepada yang muda - Contoh terbaik
Kepada yang tua - Hargai budi mereka dan kesetiaan.
Kepada pasangan - Cinta dan ketaatan
Kepada manusia - Kebebasan

" Kejelitaan wanita umpama sebilah mata pedang yg mampu memenggal leher seorang lelaki.
( A.L Alek Wong)

" Jangan terlalu menyayangi seseorang, kelak kita akan membencinya.
Jangan pula terlalu membenci seseorang,kelak kita akan menyayanginya."

"Usah tangisi akan perpisahan sebaliknya tangisi akan pertemuan. Tanpa pertemuan, maka tiadalah perpisahan"

" Berfikir secara rasional tanpa dipengaruhi oleh naluri atau emosi merupakan
satu cara menyelesaikan masalah yg paling berkesan"

" Cinta itu apabila anda bertemu dan membuat pilihan yang tepat"

" Hiduplah seperti lilin menerangi orang lain, janganlah hidup seperti duri mencucuk diri dan menyakiti orang lain."

" Dunia ini ibarat pentas. Kita adalah pelakonnya. Maka berlumba-lumbalah
beramal supaya hidup bahagia di dunia dan akhirat"

"Akal itu menteri yang menasihati, Hati itu ialah raja yang menentukan,
Harta itu satu tamu yang akan berangkat,
Kesenangan itu satu masa yang ditinggalkan".


" Kejarlah cita-cita sebelum cinta, apabila tercapainya cita-cita maka dengan sendirinya cinta itu akan hadir"


" Cinta seringkali akan lari bila kita mencari, tetapi cinta jua seringkali dibiarkan pergi bila ia menghampiri"

"Selemah-lemah manusia ialah orang yg tak boleh mencari sahabat dan orang yang
lebih lemah dari itu ialah orang yg mensia-siakan sahabat yg telah dicari" - ( Saidina Ali)

" Cakap sahabat yg jujur lebih besar harganya daripada harta benda yg diwarisi darinenek moyang" - (Saidina Ali)
"Ingatlah, sabar itu iman, duit bukan kawan, dunia hanya pinjaman dan mati tak berteman.."

" Lidahmu adalah bentengmu, jika engkau menjaganya maka ia akan menjagamu,
dan jika engkau membiarkannya maka ia tidak akan mempedulikanmu"

"Orang yg paling berkuasa adalah orang yg dapat menguasai dirinya sendiri"

"Seseorang menganggap sekatan sebagai batu penghalang, Sedangkan orang lain menganggapnya sebagai batu
lonjatan."

"Kalau kita melakukan semua yang kita upaya lakukan, sesungguhnya kita akan terkejut dengan hasilnya."

"Kita selalu lupa atau jarang ingat apa yang kita miliki, tetapi kita sering kali ingat apa yang orang lain ada."

"Apa yang diperolehi dalam hidup ini, adalah sepenuhnya daripada apa yang kita berikan padanya."

"Fikirkan hal-hal yang paling hebat,Dan engkau akan menjadi terhebat.
Tetapkan akal pada hal tertinggi, Dan engkau akan mencapai yang tertinggi."

"Dunia ini tiada jaminan melainkan satu peluang."

"Kehidupan kita di dunia ini tidak menjanjikan satu jaminan yang berkekalan. Apa yangada hanyalah percubaan, cabaran
dan pelbagai peluang. Jaminan yang kekal abadi hanyadapat ditemui apabila kita kembali semula kepada Ilahi."

"Rahsia kejayaan hidup adalah persediaan manusia untuk menyambut kesempatan yang menjelma."

"Kekuatan tidak datang dari kemampuan fizikal, tetapi ianya datang dari semangat yang tidak pernah mengalah."

"Mengetahui perkara yang betul tidak memadai dan bermakna jika tidak melakukan perkara yang betul."

"Kecemerlangan adalah hasil daripada sikap yang ingin sentiasa melakukan yang terbaik."

"Jadikan sebagai aturan hidup untuk melakukan yang terbaik dalam apa jua yang dilakukan, pasti akan menghasilkan
kecemerlangan."

Fahami dan hayatilah setiap kata-kata peransang ini semoga anda dapat menyemarakkan semangat ingin terus
berusaha dalam merealisasikan impian anda...

v Sesiapa yang mempunyai kebolehan akan berjumpa landasan yang tepat.
- Charles Cahier

v Kejayaan tidak datang kepada manusia yang leka.
- Charles Cahier

v Semua yang dicapai oleh manusia dan yang gagal dicapai olehnya adalah kesan langsung pemikirannya.
- James Allen

v Menyimpang seinci, rugi seribu batu.
- Peribahasa Cina

v Rahsia kejayaan adalah ketekalan matlamat.
- Benjamin Disraeli

v Perbaiki diri anda, tetapi jangan jatuhkan orang lain.
- I. Salanter Lipkin

v Pengiktirafan dan ganjaran datang kepada mereka yang menunjukkan kualiti yang baik dalam perbuatannya.
- Aristotle

v Anda tidak boleh mencipta pengalaman. Anda mesti menghadapinya.
- Albert Camus

v Nilai manusia adalah semahal nilai matlamatnya.
- Marcus Aurelius

v Manusia yang tidak berharap untuk menang telah sedia kalah.
- Jose Joaquin Olmedo

v Tiada manusia yang berjaya dalam semua yang dilakukannya dan kewujudan kita ini sebenarnya mesti menempuh
kegagalan. Yang penting ialah kita tidakmenjadi lemah semasa kegagalan itu terjadi dan kekalkan usaha hingga ke akhir
hayat.
- Joseph Conrad

v Manusia tidak merancang untuk gagal, mereka gagal untuk merancang.
- William J. Siegel


v Minda yang mahu akan memudahkan perjalanan yang susah.
- Philip Massinger

v Perjalanan seribu batu bermula dari satu langkah.
- Lao Tze

v Kegagalan adalah asas kemenangan
- Lao Tze

v Jika tujuan anda jelas, anda boleh mencapainya dengan mudah.
- Lao Tze

v Kurang semangat mengakibatkan lebih banyak kegagalan berbanding
kurangnya kebijaksanaan atau kemahiran.
- Flower A. Newhouse

v Masa depan itu dibeli oleh masa sekarang.
- Samuel Johnson

v Orang yang berjaya dalam hidup adalah orang yang nampak tujuannya
dengan jelas dan menjurus kepadanya tanpa menyimpang.
- Cecil B. DeMille

v Jika anda mahu membuat sesuatu, anda akan cari jalan. Jika anda tidak
mahu membuat sesuatu, anda akan cari alasan.
- Peribahasa Arab

v Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih.
- Peribahasa Melayu

v Orang yang hebat bertindak sebelum berkata dan dia berkata selaras dengan tindakannya.
- Confucius

v Seseorang yang melakukan kesalahan dan tidak membetulkannya telah melakukan satu kesalahan lagi.
- Confucius

Thursday, July 16, 2009

LAMBAIAN KASIH...

Terbinanya sebuah cinta atas dasar kasih sayang dari dua insan yang berjanji setia mengharungi hidup barsama-bersama,susah sama dilatah senang sama dirasa dan dinikmati,indah waktu itu…

Cinta mungkin satu benda yang seni dan kadang-kadang ianya sukar untuk dirasakan oleh diri manusia itu sendiri,yea cinta juga mampu mengubah seseorang menjadi apa yang bukan sebenarnya dia sebelum itu, itu mungkin adalah racun cinta yang hadirnya tanpa pernah disedari,mungkin juga cinta mampu menjadikan kita luar biasa dari diri kita yang sedia ada…kita tak mampu mencipta pengalaman cinta sebaliknya kita sendiri lah yang menghadapinya….

Tiada manusia yang berjaya dalam semua yang dilakukannya dan
kewujudan kita ini sebenarnya mesti menempuh kegagalan. Yang penting
ialah kita tidak menjadi lemah semasa kegagalan itu terjadi dan
kekalkan usaha hingga ke akhir hayat,begitu juga dengan cinta… kadang –kadang kita sering inginkan cinta yang penuh dengan pengorbanan yang kita sendiri tak pernah tahu untuk menghargainya,tidak perlu becakap tentang pengorbanan jika tidak pernah untuk menghargainya….

NuKiLaN kHaS uNtUk pEmBaCa

BAYANGAN MISTERI...
Kita sering kali dikejar oleh bayang-bayang kita yang menakutkan,itu mungkin hanya perasan yang datang dari lumrah manusia yang memang takut dengan diri sendiri..bayang itu Cuma ilusi yang memang sifatnya menakutkan,bentuknya mungkin seperti lembaga berbadan sasa teguh berdiri di perut kekelapan malam,kuatnya Cuma ditengah malam kalahnya pula bila cahaya muncul tiada berita..
Bayangan mungkin teman yang diperlukan ketika sunyi,kehadirannya tampak tidak bermaya tiada berteman tetapi tetap teguh berdiri bersendirian tanpa siapa pun yang menyokongnya dan itu mungkin sifatnya..lain pula dengan manusia yang suram kebingungan bila bersendirian ..kita memang perlukan kawan yang sering berdampingan disisi sanggup berjuang bersama-sama mengharungi gelora kehidupan yang penuh dengan persoalan yang memungkinkan kita memilih kawan yang sejati..pengalaman tidak mampu dicipta kita yang menghadapinya..
"Selemah-lemah manusia ialah orang yg tak boleh mencari sahabat dan orang yang
lebih lemah dari itu ialah orang yg mensia-siakan sahabat yg telah dicari"
Jika perbuatan jahat dibalas jahat itu adalah suatu dendam yang lahir dari diri manusia itu sendiri,dan mungkin kebaikan yang dilakukan balasnya juga adalah kebaikan itu adalah pekara biasa…dan sebaliknya pula kebaikan dibalas kejahatan itu adalah kezaliman yang lahir dari hati yang kotor,tapi bila kejahatan dibalas kebaikan itu adalah terpuji dan mulia…

Wednesday, July 15, 2009

iNiLaH rEaLiTi KeHiDuPaN kU

KESILAPAN LALU....
Tuhan memberikan kita mata untuk melihat,tangan untuk memegang dan merasa,tuhan berikan kita minda untuk berfikir tapi sayang kadang-kadang manusia ini silap menilai,menggunakan,merasa dan melihat semua yang diberikan oleh tuhan itu…
Kadang-kadang kita memang gembira waktu itu ketawa memang kawan terbaik lupa agaknya yang mungkin esok lusa kita mungkin tak macam itu lagi..
“Sesuatu yang nampak tetapi keadaanya yang tidak tak Nampak itu bukan bermakna ianya tidak wujud…”
mungkin esok lusa hari itu datang menimpa kita siapa yang tahu, tiada siapa yang menduga..
Manusia ini kadang-kadang kalah dengan emosi dia sendiri,entah mungkin dia takut dengan kenyataan yang memang dah ditetapkan untuk dia tapi kita lupa kan kadang-kadang emosi itu lah yang banyak membantu dalam kehidupan..emosi buat kita ketawe,sedih pun ada tahap paling bahaya boleh buat kita jadi bukan kita yang sebenar(GILA)….
Kita selalu tafsir tentang keadaan manusia tanpa memikirkan keadaan sebenar,entah betol entah tidak semua itu hanya kata-kata yang mungkin kita sendiri
tak penah tahu kenyataan sebenar,sedap jea nak tafsir orang tanpa tahu ape-ape….pernah ke kita piker akan perasaan orang itu??Tak kan..kalau orang itu dengar mesti dia sedih kan..rambut jea sama hitam tapi hati lain-lain..
Dalam hidup ini semua perbuatan ada pembalasan baik balas baik jugak dan sebaliknye,susah nak jadikan seseorang itu betol-betol orang,semuanya bergantung pada diri orang itu sendiri…
Kita ini semua menumpang jea dekat bumi ciptaan Allah s.w.t tak tahu bila akan menghadapnya,Cuma yang mampu kita lakukan ialah memohan agar Allah s.w.t mempermudahkan segala urusan harian kita dekat muka bumi ini…ajal itu datang tanpa diduga kadang-kadang tengah tidor pun dia datang menjemput kita,maut ini tak cepat sesaat dan lambat sesaat pun..
Kita ini bila ada kawan jea berani gajah pun boleh mati kita pijak tapi bila kawan tak ada dia lah semalu yang bila usik kecut malu…berani betempat lah,malu pun ada tempat dier..kita kenalah jadi diri kita sendiri tak perlu mencemuh orang lain nak cemuh pun tengok diri awak itu baik sangat ke?yea ke tak?
Kenapa yea manusia ini tak penah senang tengok orang berjaya dan bahagia?salah agaknya,kalau macam itu baik kite semua sama-sama mundur,santau la,pukau la semua permainan orang yang dengki…sepatutnya kita cuba jadi yang terbaik dari itu,entah kalau ini terus menula pasti ianya menjadi ancaman utama manusia untuk terus berjaya dan bahagia..
cinta mungkin sesuatu yang kadang-kadang kita agung-agungkan entah dimana keagunganya pun tidak diketahui,dimana letaknya nilai cinta itu??yea memang kita tidak pernah lari dari memperkatakanya mungkin dah memang lumrah kita sebagai manusia yang mahukan cinta dan sebaliknya ingin pula dicintai…
macam mana yea kita lahirkan ucapan terima kasih dengan ikhlas,keikhlasan tak mampu kita lihat dan rasakan Cuma ianya berlaku apabila sesuatu itu kita lakukan bersandarkan Allah s.w.t kerana dialah yang berhak menilai segalanya,mungkin ucapan “terima kasih yae”diharap sesuatu yang besar maknanya..kita manusia tak berhak menilai ikhlasnya seseorang itu dengan fikiran kita sendiri,hebat sangat ke kita dekat muka bumi ini?tidak,yang maha berkuasa ialah Allah s.w.t yang maha segalanya..
kita memang pahat ke?tukul itu selalu ketuk kita kan..tak sakit ke?jasadnya memang tak pernah rasa sakit yang merasanya rohani kita,kenapa kita perlu tukul untuk hidup tak boleh ke kita sendiri berusaha untuk mencapai sesuatu..kita sebenarnya boleh Cuma kita jea yang kadang-kadang yang tak pernah percaya akan diri sendiri,selalu bagi alasan..
Pengorbanan itu kadang-kadang memang tak Nampak dimana nilainya,yang mungkin kita katakan pengorbanan itu satu bentuk kerja yang dilakukan dengan memaksa badan melakukan apa sahaja kerja tanpa kita sedari setiap titik perjalanan yang kita lalui itu tiada sedikit pun rasa penghargaan yang mungkin kadang-kadang kita perlukan untuk terus melakukannya,yea kita memang manusia yang sering lupa akan benda yang kita pikirkan kecil itu tanpa kita ketahui ada hati yang dah terluka….tak mamapu rasanya kita ubati luka itu hanya dengan berkata maafkan saya??
“yang sudah,sudahlah,hidup kena teruskan juga,buat yang patut dulu” terkenang jea pun kadang-kadang buat hati makin sedih tak bermakna juga..pekara yang kadang-kadang kita tak Nampak itu lah yang banyak memberi sumbangan sebaliknya benda sering kita tatang belai itu lah punca segalanya ,memang susah nak Nampak benda yang dah lama kita lindungkan ..